Sunday, July 3, 2011

Syarat Baru Tabung Usahawan Siswazah (Graduate Entrepreneurs Scheme) 2011



Baru-baru ini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah memperkenalkan syarat baru Tabung Usahawan Siswazah 2011 selaras dengan agenda Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Inilah dia syarat-syarat baru yang di perkenalkan dan berkuat kuasa serta merta :- 


  • Jumlah pinjaman Tabung Usahawan Siswazah (TUS) di naikkan dari RM250,000 kepada RM500,000

  • Bagi pengambilalihan syarikat pula, jumlah pembiayaan adalah sehingga RM750,000. 

  • Tempoh kelonggaran pembayaran balik antara 2 tahun hingga 4 tahun 

  • Tempoh pembiayaan untuk bangunan dan premis perniagaan dilanjutkan sehingga 20 tahun. 

  • Umur kelayakan pemohon dinaikkan kepada 40 tahun berbanding 35 tahun sebelum ini.

  • Syarat tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun akan dipertimbangkan untuk pinjaman berbanding syarat asal 10 tahun.


Untuk makluman lanjut, boleh kunjungi website Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di http://www.insken.gov.my atau hubungi talian : +603-8880 5711


Secara peribadi, saya dapat merasakan syarat baru yang diperkenalkan ini dapat menggalakkan lebih ramai lulusan institusi pengajian tinggi menceburi bidang keusahawanan...

Wednesday, April 6, 2011

Ku Li : Henti Anak Tiri Negeri Pembangkang

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri pembangkang dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan .

"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, "kata Tengku Razaleigh kepada TVSelangor.

"Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," tambah beliau.

Tokoh veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat.


"Tak kira siapa kerajaan pun, Samada di Kelantan, Kedah, Pahang, Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik, tak patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat, bukan kerajaan yang berkuasa," tegas beliau. "Tak ada keadilan dari segi itu," tambahnya.

Tengku Razaleigh berkata konsep Federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan.

"Kalau kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu tak patut. Ia bertentangan dengan semangat Persekutuan itu sendiri. Jadi tak ada makna adanya (konsep) Persekutuan kalau semangat kerjasama dan tolong menolong tidak diteruskan,"kata beliau.

Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat.

Pengagihan peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan juga didakwa tidak setimpal berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Kerjasama antara Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga suram kerana arahan-arahan tertentu daripada Menteri berkenaan dikatakan didorong atas pertimbangan politik.

Contohnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dilaporkan pernah melarang kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di empat negeri pembangkang.

Manakala Radio Televisyen Malaysia cawangan Selangor diarah berpindah keluar daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor oleh Putrajaya, sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh berkata tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan menganak-tirikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja.

"Saya dengar ada pihak pusat nak cuba sabotaj pentadbiran negeri. Saya dengar di Pulau Pinang, bukan dari pihak yang berkuasa di negeri itu, tetapi dari rakyat yang memberitahu saya ada (yang) dihasut pegawai supaya jangan beri kerjasama dan sebagainya. Saya rasa tak patut. Seharusnya wajib diberi kerjasama kepada siapapun yang memerintah sebaik mungkin untuk sampaikan khidmat dan apa yang perlu kepada rakyat," kata beliau.

Mengimbau isu royalti minyak Kelantan, Tengku Razaleigh berkata Kelatan tidak harus dilayan berbeza daripada Sabah dan Sarawak semata-mata kerana negeri pantai timur itu dibawah penguasaan Pas.

"Kalau negeri nak terima 5 percent, syaratnya minyak kena ada berhampiran dengan negeri. Sabah dan Sarawak terus dapat (royalty). Kalau ikut (prosedur itu), Sarawak pun tak boleh dibayar. Maknanya Kerajaan boleh arahkan Petronas jangan bayar Sarawak," kata beliau.

Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum ini mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun akan diberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.

Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.

Kerajaan Kelantan mengambil keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan.

Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas juga membayangkan kepimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak melaksanakan Akta Kemajuan Petroleum secara betul sehingga mengakibatkan pelbagai kemelut.

"Sebenarnya Perdana Menteri dalah Menteri bertanggungjawab mengenai minyak di negara ini mengikut Akta Kemajuan Petroleum. Tapi pelaksanaan akta ini tidak betul. Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-perkara seperti cari gali dan penyimpanan rizab," kata Tengku Razaleigh.

"Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan dianggotai pegawai kanan Kerajaan persekutuan dan negeri pengeluar minyak. Mereka sepatutnya menasihati Perdana Menteri, namun majlis ini tak wujud sekarang," kata beliau.

Monday, April 4, 2011

ISU VIDEO SEKS - PANDANGAN SAYA

Pandangan saya yg tidak berpihak adalah, video ini tidak boleh dijadikan bukti untuk membuat tuduhan kerana ianya tidaklah benar-benar jelas. Sebelum ini pun banyak kes video2 seks yg kononnya artis tempatan tersebar tapi sebenarnya adalah lakonan perempuan latin yang mempunyai iras artis tempatan.
Bagi saya kembalilah kepada perintah Allah dan Rasul yang meminta 4 saksi utk tuduhan zina.
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).
Sekiranya tidak cukup, walaupun anda tahu ianya benar, maka anda hendaklah diam dan sesiapa yang menutup aib saudaranya Allah akan menutup aibnya di hari akhirat. Ingatlah dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram tanpa khilaf.
“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
Kepada penyokong Pakatan pula, jika anda tidak suka pemimpin anda difitnah dan dituduh tanpa bukti yang jelas, maka janganlah anda juga melakukan perkara yang sama. Dalam masa anda meminta keadilan dan bukti-bukti yang kukuh, dan juga meminta dikemukakan 4 saksi dan sekiranya tiada meminta hukuman Qazaf dijatuhkan, janganlah di masa yang sama mulut-mulut anda tidak segan silu meratib isu DS Najib dengan Altantuya dan menuduh DS Rosmah ‘C4 kan’ Altantuya, walaupun anda tidaklah mempunyai apa-apa bukti, gambar atau video sekalipun !
Dan sekiranya suatu hari ditakdirkan terdapat video seks yang iras-iras DS Najib, maka pihak Pakatan seharusnyalah juga meminta  4 saksi dan tidak bertindak menyebarkannya dan meratib-ratibnya dalam ceramah-ceramah yang selalu terjadi dalam ceramah-ceramah politik Pakatan !
Akhirnya saya amat berharap dan menyeru, agar mana2 pihak atau parti agar tidak lagi bermain politik kotor dan mendedahkan aib peribadi mana-mana ahli politik. Jika ada yang perlu dideahkan adalah penyelewengan harta rakyat dan salah guna kusa serta apa-apa kesalahan yang berkait kepentingan awam.
 Janganlah bila kena pada musuh kita gembira, bila kena diri sendiri, bising pula. Marilah kita berubah menuju politik baru, politik yang saya namakan Politik Fakta, Politik Hikmah !
Akhir kata, ‘BERSIKAP ADILLAH, WALAUPUN TERHADAP MUSUH !’

Thursday, December 16, 2010

Islamic Banks, Money Creation and "The Law of One Price"

In many nations, including Malaysia banks are operating presumably o­n Islamic Shari’ah principles. The banks claim they do not indulge in interest or riba that is strongly prohibited in Islam, and also design their financial products and instruments based o­n the Shari’ah principles. The banks should be commended for coming up with such products and instruments that strive to provide Muslims with an alternative banking and finance which are in line with the teachings of Islam. However, it should be noted that in a dual system where the Islamic bank operates in a fiat money and interest based financial system, the banks would also be creating money! Thus, instead of being a solution to the problem, the Islamic bank becomes a cause of the problem too, just like the conventional bank.

In the dual system where the Islamic bank is linked to the conventional banking system through fiat money, fractional reserve requirements and interest rates, the bank cannot operate independently from the conventional banking system according to its own principles. This is because arbitrage opportunities would set in if there are any “price” differentials between the Islamic and conventional systems. Profiteering such arbitrage opportunities would move the pricing in these two systems to converge, a force in economics called the "Law of o­ne Price" [18]. Therefore, in the present system, the Islamic bank cannot be independent from even the interest rates in the economy, the very thing it tries to avoid in the first place![19]

In fact it is o­nly a matter of time even the Islamic Banks would be gobbled up by the foreign giants in this era of globalization. Therefore, for an Islamic bank to truly operate o­n Islamic principles, it is imperative to redefine money and eliminate interest rates.


References :

[18] Sherman, Eugene J., Gold Investment, Prentice Hall, 1986.
[19] Vadillo, Umar I., The Return of the Gold Dinar:A Study of Money in Islamic Law, Madinah Press, 1996.

Credit to my respected brothers, Umar Ibrahim Vadillo, Ahamed Kameel Mydin Meera & Hassanuddeen Abdul Aziz

Wednesday, December 15, 2010

Ku Li : Kisah Yang Terpendam


Satu ketika sekitar tahun 70 an, setelah mendapat maklumat penyelewengan royalty minyak dari Shell kpd Sarawak diselewengkan, Tun Razak telah memanggil Ku Li ke pejabatnya & meminta Ku Li mencari ikhtiar untuk mengatasi perkara tersebut dari berulang.  Hasil dari harapan itulah, pada 17 Ogos 1974, Tg Razaleigh telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Petronas dengan modal sebanyak RM 5 juta dan setrusnya menggubal Akta Petronas.

Sebelum wujudnya Petronas, hak penguasaan minyak dimiliki oleh Shell dgn menyebut ‘selagi ada bulan dan bintang, minyak dinegara ini adalah menjadi milik Shell’. Bagaimanapun usaha gigih Ku Li menggubal akta Petronas, berjaya membuang syarat tersebut. Amat besarnya jasa Ku Li, kerana tanpa beliau, Petronas mungkin tidak wujud & hasil minyak Negara mungkin masih dipegang hak miliknya oleh syarikat asing.


Selain penubuhan Petronas, Ku Li juga diamanahkan oleh Tun Razak untuk mewujudkan Perbadanan Nasional Berhad – PERNAS (hari ini dikenali sbg PNS) pd 29 November 1969 sbg penggerak DEB. Melalui PERNAS lah, Ku Li memulakan usaha mengambil alih Sime Darby dan kemudiannya juga Guthrie diambil alih dalam peristiwa yg menggemparkan London iaitu ‘The London Downraid’

Kerana itulah apabila tercetusnya berita kerugian berbillion ringgit kpd Sime Darby yg telah bergabung dgn Guthrie & Golden Hope,  maka Ku Li menyifatkannya sbg pengkhianatan terhadap legasi Tun Razak.


Ku Li juga menjadi perintis dlm menjalinkan hubungan dgn China & menjadi pemimpin pertama Malaysia menemui pemimpin tertinggi China Chou En Lai. Hasil dari usaha Ku Li tersebut, hubungan persahabatanpun terjalin dan 3 bulan kemudian Tun Razak diunang utk mengadakan lawatan rasmi ke Beijing.

Sejarah tidak pernah berbohong, itulah hakikat sebenar bagaimana Ku Li merupakan arkitek ulung merintis jambatan persahabatan Malaysia dan China yg masih kental hingga kini.


Ku Li seterusnya diminta supaya berusaha menubuhkan sebuah bank untuk membantu Melayu hasil gesaan Kongres Ekonomi Melayu 1965. Resolusi itu juga menggesa supaya Bank Bumiputra diletakkan dibawah pentadbiran Tun Razak yg ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Menyedari sekiranya Bank Bumiputr diletakkan langsung dibawah Tun Razak iaitu TPM boleh menyinggung perasaan PM Tunku Abdul Rahman, maka Bank Bumiputra diletakkan & dikawal selia secara langsung di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kerana itulah status Bank Bumiputra sejak ianya ditubuhkan diletakkan dibawah selian terus Jabatan Perdana Menteri dan bukannya Kementerian Kewangan. Oleh itu sewaktu Ku Li menjawat Menteri Kewangan setelah meletak jawatan sbg Pengerusi Bank Bumiputra, Ku Li tdk lagi mempunyai kaitan atau kawal selia secara langsung dgn Bank Bumiputra. Setiap polisi, serta keputusan pentadbiran bank tersebut dilakukan tanpa merujuk kpd Menteri Kewangan kerana ia berada terus dibawah Jabatan Perdana Menteri. Oleh itu penutupan Bank Bumiputra yg sepatutnya menjadi nadi penggerak ekonomi Melayu kerana disalah tadbir atau penyelewengan adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri & bukannya Kementerian Kewangan kerana Menteri Kewangan tdk mempunyai kuasa ke atas Bank Bumiputra sejak ia ditubuhkan lagi.

Ku Li adalah orang yg memacu kejayaan demi kejayaan Bank Bumiputra dgn hanya bermodal RM 5 juta semasa menjawat jawatan Pengerusi Bank Bumiputra. Oleh itu apabila berakhir riwayat Bank Bumiputra menjadi akhirnya CIMB Bank, Ku Li merupakan orang yg paling kecewa kerana satu lagi legasi Tun Razak dikuburkan. Ku Li merasa amat terkilan keraa betapa sukarnya beliau membina Bank Bumiputra & semasa menjawat jawatan Pengerusi, beliau tidak mengambil satu sen pun sebagai gaji atau faedah, malahan pemandu beliaupun tdk dibayar gajinya oleh Bank Bumiputra.


Semasa menjadi Pengerusi Bank Bumiputra tdk sedikit pengorbanan yg dilakukan Ku Li. Beliau turut mengorbankan kepentingannya dalam sebuah bank yg dimilikinya utk diserahkan kpd syarikat milik UMNO iaitu Fleet Group. Ku Li menguasai Bian Chiang Bank yg terasas sejak 1924 milik jutawan Sarawak. Selpas membeli keseluruhan saham bank tersebut, beliau memberikannya kpd kumpulan Fleet milik UMNO, tanpa mengambil sebarang keuntungan, kerana beliau mahu agar tabung kewangan UMNO sentiasa mantap.

Malangnya setelah UMNO diharamkan Mahkamah, tiba2 secara sekelip mata, kumpulan Fleet bersama Bank tersebut dilesapkan untuk dijadikan milik individu. Dgn menukar nama Bian Chiang Bank kpd Bank Of Commerce, ia bertukar tngan menjadi milik perseorangan & kemudian bank tersebut digabungkan pula dgn Bank Bumiputra yg dikuburkan untuk akhirnya menjadi CIMB Bank. Kini nilai asetnya mencanak menjadi berbillion ringgit, namun bank yg asalnya milik Negara & UMNO, kini sebaliknya dikuasai oleh individu tertentu. Alangkah khianatnya peristiwa ini !

Tuesday, November 17, 2009

Konspirasi Dunia - Obelisk

Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama 'Cleopatra Needle' dan diasaskan dari 'Sun Pillar'.


Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:

Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)


Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!



Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m

Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah)
Caesarea obelisk

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino

Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York




Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide, klik sini.
This is the city's own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia's history.
Sabda Rasullulah:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Hadis Riwayat Abu Daud


Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.












Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Luqman 13

Monday, July 6, 2009

Pembunuh Umat Islam Di jemput Datang ?

KUALA LUMPUR 28 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk berkunjung ke Malaysia. Perdana Menteri memanjangkan jemputan itu semasa perbualan telefon beliau dengan Obama pada Jumaat malam.

Dalam laman blognya www.1Malaysia.com.my, Najib berkata bahawa semasa lawatan itu, Obama akan dapat melihat sendiri penerapan Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia. Dalam ucapan beliau kepada dunia Islam di Kaherah baru-baru ini, Obama telah menyatakan bahawa beliau mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai contoh negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif. Najib dan Obama berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit dari 9.12 malam pada Jumaat.

Sumber : Utusan Malaysia, 28/06/09

Tindakan Najib menjemput Obama untuk melawat Malaysia menampakkan ketidak prihatinan Najib dengan pengkhianatan yang secara terang-terang telah dilakukan oleh Obama yang meneruskan polisi penjajahan idealogi Kapitalisme Amerika ke atas dunia Islam selama ini.

Hanya mereka yang pemikirannya telah dikalahkan sahaja yang bersetuju untuk berbaik-baik dengan Obama. Obama merupakan individu yang mewakili negara Ideologi Kapitalisme. Beliau bukan hanya mewakili dirinya sebagai individu semata-mata. Sedarilah bahawa Obama itu adalah Amerika dan Amerika adalah negara Kapitalisme yang menggunakan penjajahan dalam pelbagai bentuknya sebagai jalan untuk menyebarkan ideologi Kapitalisnya.

Di tangan Obama begitu banyak darah umat Islam yang menitis dan mengalir hasil dari kekejaman yang dilakukan AS secara langsung mahupun tidak langsung, sudah tentu dengan restu Obama... Justeru itu siapakah Obama? Kawan atau lawan?

Wahai DS, Najib apakah kamu merasa begitu bangga dengan panggilan telefon yang kamu terima dari si pembunuh umat Islam itu ?? Apakah kamu sudah mahu mengikuti jejak langkah Anwar Ibrahim ? Mengapakah tindakan-tindakan kamu akhir-akhir ini dilihat semakin tunduk kpd tekanan luar ? Mengapakah kamu akhir-akhir ini telah dilihat melaksanakan apa yg Amerika mahu Anwar Ibrahim laksanakan ? Agaknya sebab itulah Obama menelofon kamu, kerana kamu telah tunduk kpdnya ?

Saya berharap DS Najib cepat sedar, & sebelum mengambil tindakan yg akan merugikan negara.

Wassalam.