Monday, April 4, 2011

ISU VIDEO SEKS - PANDANGAN SAYA

Pandangan saya yg tidak berpihak adalah, video ini tidak boleh dijadikan bukti untuk membuat tuduhan kerana ianya tidaklah benar-benar jelas. Sebelum ini pun banyak kes video2 seks yg kononnya artis tempatan tersebar tapi sebenarnya adalah lakonan perempuan latin yang mempunyai iras artis tempatan.
Bagi saya kembalilah kepada perintah Allah dan Rasul yang meminta 4 saksi utk tuduhan zina.
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).
Sekiranya tidak cukup, walaupun anda tahu ianya benar, maka anda hendaklah diam dan sesiapa yang menutup aib saudaranya Allah akan menutup aibnya di hari akhirat. Ingatlah dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram tanpa khilaf.
“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
Kepada penyokong Pakatan pula, jika anda tidak suka pemimpin anda difitnah dan dituduh tanpa bukti yang jelas, maka janganlah anda juga melakukan perkara yang sama. Dalam masa anda meminta keadilan dan bukti-bukti yang kukuh, dan juga meminta dikemukakan 4 saksi dan sekiranya tiada meminta hukuman Qazaf dijatuhkan, janganlah di masa yang sama mulut-mulut anda tidak segan silu meratib isu DS Najib dengan Altantuya dan menuduh DS Rosmah ‘C4 kan’ Altantuya, walaupun anda tidaklah mempunyai apa-apa bukti, gambar atau video sekalipun !
Dan sekiranya suatu hari ditakdirkan terdapat video seks yang iras-iras DS Najib, maka pihak Pakatan seharusnyalah juga meminta  4 saksi dan tidak bertindak menyebarkannya dan meratib-ratibnya dalam ceramah-ceramah yang selalu terjadi dalam ceramah-ceramah politik Pakatan !
Akhirnya saya amat berharap dan menyeru, agar mana2 pihak atau parti agar tidak lagi bermain politik kotor dan mendedahkan aib peribadi mana-mana ahli politik. Jika ada yang perlu dideahkan adalah penyelewengan harta rakyat dan salah guna kusa serta apa-apa kesalahan yang berkait kepentingan awam.
 Janganlah bila kena pada musuh kita gembira, bila kena diri sendiri, bising pula. Marilah kita berubah menuju politik baru, politik yang saya namakan Politik Fakta, Politik Hikmah !
Akhir kata, ‘BERSIKAP ADILLAH, WALAUPUN TERHADAP MUSUH !’

1 comment:

Anonymous said...

dah memang terbukti ini fitnah semata2...bkn fitnah alaf baru tap idea yg lapuk...lps2 satu kan motif pilihanraya srwk BN nk bolot semer

kerana kemenangan BN sanggup buat apa saja..pengikut yg taksub sgt tu terikut2 flow bn bodoh ni..isu
anwar jadi isu utama dlm buletinh utama n utusan meloya tu..

isu najib n altantuya n rosmah tu isu kecik small matter..xde pun najib n rosmah diheret ke court mcm anwar tu...NAPE NAK BESAR2 KAN ISU NAJIB TU? INGAT SEMER TAU KE ISU KECIK TU?dr zmn jd TPM hg skg x aBis anwar difitnah..

PEMIMPin Bn barisan neraka diangkat menjulang2...

Isu rais yatim rogol amah terus senyap..xde pun sebut dlm berita all days..maklumlah org BN..mana leh fitnah

chua soi lek siap ngaku langgan pelacur..tapi xde hal pun siap diangkat pemimpin tertinggi BN lg so apa ke hal seme ni???