Tuesday, November 17, 2009

Konspirasi Dunia - Obelisk

Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama 'Cleopatra Needle' dan diasaskan dari 'Sun Pillar'.


Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:

Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)


Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!



Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m

Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah)
Caesarea obelisk

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino

Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York




Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide, klik sini.
This is the city's own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia's history.
Sabda Rasullulah:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Hadis Riwayat Abu Daud


Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.












Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Luqman 13

Monday, July 6, 2009

Pembunuh Umat Islam Di jemput Datang ?

KUALA LUMPUR 28 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk berkunjung ke Malaysia. Perdana Menteri memanjangkan jemputan itu semasa perbualan telefon beliau dengan Obama pada Jumaat malam.

Dalam laman blognya www.1Malaysia.com.my, Najib berkata bahawa semasa lawatan itu, Obama akan dapat melihat sendiri penerapan Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia. Dalam ucapan beliau kepada dunia Islam di Kaherah baru-baru ini, Obama telah menyatakan bahawa beliau mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai contoh negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif. Najib dan Obama berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit dari 9.12 malam pada Jumaat.

Sumber : Utusan Malaysia, 28/06/09

Tindakan Najib menjemput Obama untuk melawat Malaysia menampakkan ketidak prihatinan Najib dengan pengkhianatan yang secara terang-terang telah dilakukan oleh Obama yang meneruskan polisi penjajahan idealogi Kapitalisme Amerika ke atas dunia Islam selama ini.

Hanya mereka yang pemikirannya telah dikalahkan sahaja yang bersetuju untuk berbaik-baik dengan Obama. Obama merupakan individu yang mewakili negara Ideologi Kapitalisme. Beliau bukan hanya mewakili dirinya sebagai individu semata-mata. Sedarilah bahawa Obama itu adalah Amerika dan Amerika adalah negara Kapitalisme yang menggunakan penjajahan dalam pelbagai bentuknya sebagai jalan untuk menyebarkan ideologi Kapitalisnya.

Di tangan Obama begitu banyak darah umat Islam yang menitis dan mengalir hasil dari kekejaman yang dilakukan AS secara langsung mahupun tidak langsung, sudah tentu dengan restu Obama... Justeru itu siapakah Obama? Kawan atau lawan?

Wahai DS, Najib apakah kamu merasa begitu bangga dengan panggilan telefon yang kamu terima dari si pembunuh umat Islam itu ?? Apakah kamu sudah mahu mengikuti jejak langkah Anwar Ibrahim ? Mengapakah tindakan-tindakan kamu akhir-akhir ini dilihat semakin tunduk kpd tekanan luar ? Mengapakah kamu akhir-akhir ini telah dilihat melaksanakan apa yg Amerika mahu Anwar Ibrahim laksanakan ? Agaknya sebab itulah Obama menelofon kamu, kerana kamu telah tunduk kpdnya ?

Saya berharap DS Najib cepat sedar, & sebelum mengambil tindakan yg akan merugikan negara.

Wassalam.

Wednesday, May 13, 2009

Bodohnya UMNO terperangkap oleh taktik Anwar (Illuminati)

Bodoh, bodoh & bodoh. Tak habis2 bodoh. Belum belajar dari kesilapan. Terlalu seronok kerana dapat kembali kuasa setelah kalah dalam PRU sehingga tidak dapat berfikir akan jerangkap yg dipasang oleh musuh ?

Tersenyum sumbing Najib bersama-sama 3 orang katak lompat membuat sidang akhbar mengumumkan rampasan kuasa. Meleret senyum Zambry bila dapat jadi Menteri Besar.

Media-media menyambutnya dengan memuji-muji PM yg baru kerana telah menang perang kononnya. Anwar & PR terus di serang kononnya kuasa BN telah dpt dipulihkan & kuasa PR sedikit – demi sedikit akan runtuh kembali.

Alahai malangnya ! Malang sungguh ! Kerana ghairah sangat hendak berkuasa & menang perang, terus tergopoh-gopoh , tak kiralah tindakan melanggar undang-undang, perlembagaan mahupun etika moral ! Yang lagi malangnya, mereka tidak sedar bahawa itu hanyalah jerangkap samara yg telah dipasang untuk mereka !

Ya ! Jerangkap samar ! Periuk api ! Anwar dgn perancangan Illuminati yg begitu rapi sengaja membuatkan perkara ini terjadi. Ya! Saya katakana Anwarlah yg merancang & mengatur supaya 3 katak lompat itu melompat katak ! Apa ? Takkan Anwar begitu gila hendak menjatuhkan kerajaan sendiri ? Anda fikir begitu ? Orang2 yg biasa mungkin mengatakannya gila , tidak masuk akal ! Tetapi Anwar ini lain! Dia dibantu oleh perancang2 dari pihak Illuminati, yg telah begitu lama sekali merancang berbagai perang, rampasan kuasa & berbagai lagi konspirasi di dunia ini! Resolusi perancis, perang dunia, krisis ekonomi adalah antara perancangan mereka yg bertujuan untuk menjadi penguasa tunggal dunia.

Jadi apakah taktiknya ? Ia umpama mengorbankan ikan yang kecil untuk memancing ikan besar! Mengorbankan kerajaan Perak (yg tidaklah berapa kukuh) , sebagai umpan untuk menguasai seluruh Negara dlm PRU 13 ! Tidak nampakkah kalian ? Tidak nampakkah apa yg telah terjadi semenjak PR hilang kuasa di Perak ? Kelam kabut ! Sultan telah dipersoalkan ! Sehingga ada yg menulis untuk mewujudkan Negara republik ! (Antara tujuan utama Illuminati - dan langkah pertama telah berjaya!).

Ketidak adilan ! Teraniaya ! Merampas pilihan rakyat ! Ya ! itulah dia slogan2 yg dimainkan oleh mereka untuk membangkitkan sentiment rakyat untuk membenci keseluruhan system yg menjadi tunggak Negara ini ! Kesultanan, kerajaan, Polis, Mahkamah, semuanya telah berjaya dipersoalkan & diruntuhkan kredibilitinya.

Anwar juga tahu, kes Perak ini akan berlanjutan, & tidak berkesudahan. Beliau tahu, UMNO tidak sanggup untuk menghadapi pilihanraya sekarang. Dan memang beliau tidaklah mahu diadakan pilihanraya sekarang ini. Anwar mahu carca merba ini berterusan! Ya beliau mahu kes Perak berlanjutan sehinggalah hampir PRU 13, & isu Perak akan menjadi modal utama beliau ! UMNO akan dipersalahkan kerana telah merampas kerajaan pilihan rakyat & tidak mahu memulagkan kembali kpd rakyat untuk membuat pilihan.

Wahai DS Najib, wahai Zambry, apakah kamu tidak mahu sedar lagi ? Terlalu seronok menjadi MB ke wahai Zambry sehingga tidak kisah masa depan Negara akan tergadai nanti ? Jika anda sedar, maka adakanlah Pilihanraya sekarang. Biarlah rakyat mebuat pilihan mereka. Biarlah kita kalah dahulu sekarang ini. Sekurang-kurangnya rakyat akan melihat UMNO bukanlah sebuah parti yang membelakangkan hak rakyat.

Kemudian DS Najib, tumpukanlah terhadap usaha-usaha perubahan-perubahan yang anda ingin laksanakan. Insya Allah, jika anda ikhlas, & usaha anda memberi kesan yang baik, maka saya percaya rakyat akan kembali bersama kita. Janganlah dilayan lagi usaha2 Anwar untuk terus mecetuskan huru-hara sebagai momentum utk PRU 13. Jgnlah terperangkap! Buat bodoh saja, buat saja spt lembu kenyang ! Jika tidak dilayan, segala usaha provokasi Anwar itu, tidak akan berjaya !

Tuesday, November 11, 2008

Kemenangan Obama

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas di sambut dengan gembira & penuh harapan oleh banyak juga negara & umat Islam. Mereka menganggap kemenangan Obama itu sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.

Namun saya melihat sebaliknya. Kemenangan Obama itu sedikit pelik kerana amatlah mustahil bagaimana rakyat Amerika & pelobi2 Yahudi boleh merelakan kemenangan Obama itu. Saya melihatnya sebagai strategi terbaru mereka untuk kembali dijadikan sbg "Hero Dunia".

Pertama. Satu kebijakan Luar Negara oleh Obama adalah menarik invasi ke Iraq dan akan fokus pada Afgan / Taliban / Osama bin Laden dsb.Pada pandangan orang Islam yang sedikit memiliki "semangat" Islam maka beramai2 mereka akan menyokong Afgan dan memperjuangkannya. Dan mereka menganggap bahawa Afgan tentu merupakan satu2nya Pusat Jihad Islam Dunia yang oleh Amerika "masih" diangap memiliki kekuatan -- hingga Amerika perlu lebih fokus padanya.Padahal kita tahu siapa Taliban. Tak lain dan tak bukan adalah bikinan Amerika juga. Iraq [ yang selama ini menjadi negara yang sangat struggle menentang Amerika -- dengan Saddam-nya ] sudah bukan lagi halangan, meskipun di sana adalah sunni sebahagiannya -- tinggal hantar filem2 Holywood ke sana maka selesai sudah.Adakah ini satu konspirasi hendak menjadikan umat Islam menyokong perkara yang tidak perlu disokong. Mencipta kawan palsu. Selain hendak tunjuk bahawa Amerika boleh berdamai dengan Islam ( Iraq ).

Kedua. Sejak Obama terpilih, wujud fenomena Obama Fans Club bahkan Amerika Fans Club di negara2 dunia ketiga termasuklah di negara2 majoriti Muslim ( khususnya di Indonesia [ satu2nya negara di TIMUR yang "menjadi / dijadikan" bahagian dari sejarah hidup Obama sehingga memiliki hubungan emosional yang cukup kuat -- iaitu Bapa tiri dan sekolah rendahnya ] dan negara2 Afrika ). Bahkan Fanatisme ini tumbuh bagaikan cendawan di musim hujan dikalangan budak2 persekolahan yang belum tahu apa2. Obama The New Idol.

Adakah ini seolah mencipta opini publik bahawa demokrasi yang diamalkan oleh bapa demokrasi akhirnya membuahkan hasil. Seolah hendak membuktikan bahawa akhirnya demokrasi dapat menaungi dan memberi sedikit harapan kepada dunia Islam dan dunia ketiga. Seolah hendak mengambil hati masyarakat dunia meniti di atas fitrah dunia yang hendakkan pemimpin alternatif dan juga perdamaian hakiki. Sungguh suatu kejutan, tiba2 hampir seluruh dunia fanatik dan berkiblat kepada Amerika. Jika dilihat dari sisi strategi perang, ini adalah strategi perang yang hebat. Hingga demi itu Amerika rela mengorbankan maruahnya sebagai orang Putih. Seperti keyword yang selalu dilaung2kan semasa kempen iaitu "CHANGE".

Apakah ini bermakna "Changed of Strategi" ?Jadi, lepas ini Obama hendak membawa ke mana dunia yang sudah "menyerahkan nasibnya" kepada Amerika ini? hendak dibawa pada perdamaian hakiki atau dibawa masuk mulut buaya? Mari kita sama2 lihat.Biasanya presiden Amerika yang bukan dari kalangan Yahudi mati terbunuh, maka akan bertahan berapa lamakah pemerintahan Obama andaikan dia bukan keturunan Yahudi -- setidaknya dari garis ibu?

Who knows...Hanya Allah yang Maha Mengetahui hakikat yang tersurat, manusia hanya dapat menilai yang lahir. Tipu daya Allah adalah yang terhebat dan janji Allah mengenai kebangkitan Islam pasti berlaku. Apa yang berlaku di dunia sedang mengarah ke sana samada positif mahupun negatif.

InsyaAllah.Wallahua'lam.

Friday, June 13, 2008

Tibet : Pusara Makhluk Asing

Fizikal Dropa yang ditemui berbeza dengan jasad manusia

RAHSIA tulisan aneh pada cakera kuno yang ditemui dalam gua di pergunungan Tibet pada 1938 akhirnya terungkai selepas 20 tahun kekal misteri.
Kod tulisan berkenaan dipecahkan Dr Tsum Um Nui dari Universiti Peking, China yang menjalankan kajian tulisan pelik yang tidak pernah wujud di dunia ini sehingga membolehkan beliau membaca catatan kuno yang ditulis pada cakera itu.Sebaik membaca catatan terbabit, Dr Tsum terkejut kerana tulisan aneh itu menyimpan satu catatan mengenai peristiwa besar yang pernah berlaku puluhan ribu tahun lalu. Dr Tsum pada mulanya kebingungan memikirkan peristiwa yang tercatat di sebalik tulisan kuno itu. Begitu juga kewujudan cakera terbabit, kejadian yang tercatat di atasnya juga adalah satu peristiwa misteri dan fiksyen yang bertentangan dengan hukum logik akal. Cakera itu ditemui pada 1938 oleh sekumpulan ahli arkeologi universiti terbabit di sebuah gua pergunungan Bayan Kara-Ula. Ketika sedang menjalankan kerja mencarigali di gua terbabit, penyelidik menjumpai satu kawasan kubur purba di dalamnya. Kubur itu dibuat dengan sangat rapi dan di dalamnya ditemui tulang kerangka yang mirip jasad manusia. Bentuk kerangka itu kecil tetapi bahagian tengkoraknya lebih besar berbanding kerangka tubuh."Mungkin tulang ini milik spesies gorila gunung yang masih belum ditemui sesiapa," andai seorang daripada ahli penyelidik."Siapa pernah mendengar yang spesies gorila mengebumikan jasad gorila lain?" bidas Prof Chi Pu Tei, yang mengetuai ekspedisi itu. Dia mungkin masih bingung memikirkan yang kawasan kubur dalam gua itu begitu teratur sekali gus membuktikan ia mungkin dibina spesies yang mampu berfikir.Di samping kerangka aneh dan kubur itu, turut tersembunyi artifak misteri berupa cakera yang terdapat lubang di tengahnya (bentuk itu menyerupai cakera padat pada zaman ini).Cakera yang dianggarkan memiliki diameter berukuran 20 sentimeter (sm) itu ditemui tertutup oleh lapisan debu dan terletak di sudut gua. Kajian lanjutan terhadap artifak itu kemudian menemui satu fakta mengejutkan - cakera itu dihasilkan pada 12,000 tahun lalu. Kebingungan semakin mengasak minda penyelidik tatkala memikirkan apakah pada 12,000 tahun lalu, ada alat untuk membuat cakera itu dan apakah tujuan ia dihasilkan? Lebih membingungkan mengenai sekitar lubang di tengah cakera, terdapat goresan teratur menyerupai bentuk tulisan yang sangat kecil.Tanpa ada sesiapa yang dapat menterjemah maksud tulisan itu, ia dibawa ke Universiti Peking untuk dikaji lebih lanjut. Selepas berhempas pulas selama 20 tahun, akhirnya kod tulisan itu berjaya dipecahkan.Dr Tsum memerhati tulisan asing berkenaan, kemudian mula menterjemah catatan rahsia yang tersembunyi pada cakera purba itu. Antara lain catatan rahsia itu menceritakan satu kejadian misteri seperti berikut:Pada zaman dulu (kira-kira 12,000 tahun lalu), sebuah pesawat dari luar angkasa terhempas di kawasan pergunungan itu. Pesawat terbabit rosak teruk sehingga tidak mampu lagi untuk dibaiki.Ia sekali gus menyebabkan makhluk dalam pesawat terbabit tidak dapat kembali ke tempat asal mereka dan terpaksa menghuni di kawasan pergunungan terbabit. Kejadian pesawat angkasa lepas yang terhempas itu menggemparkan penduduk pergunungan iaitu suku Ham. Mereka bergegas ke kawasan pesawat yang terhempas itu dan terkejut melihat fizikal makhluk daripada kapal angkasa itu, agak berbeza dengan jasad manusia.Menyangka kehadiran makhluk asing dan peristiwa pesawat angkasa terhempas itu sebagai ancaman terhadap keselamatan mereka, suku Ham kemudian memburu dan membunuh makhluk asing berkenaan yang digelar suku 'Dropa'.Kumpulan makhluk asing yang terdiri daripada perempuan dan kanak-kanak berusaha menyelamatkan diri dengan bersembunyi di gua terbabit yang akhirnya menempatkan kubur dan cakera berkenaan.Catatan rahsia yang dipecahkan Dr Tsum itu kemudian semakin membingungkan apabila cerita yang tertera pada cakera didapati hampir menyamai kisah legenda penduduk setempat iaitu makhluk daripada angkasa yang berbadan kurus, kecil tetapi berkepala lebih besar pernah wujud di kawasan gunung itu. Pada 1965, penyelidik berhasil menemui 716 cakera dalam gua itu. Seorang penyelidik Russia, W Saitsew yang melanjutkan kajian Dr Tsum mendapati cakera itu diperbuat daripada campuran kobalt dan sejenis besi misteri yang tidak dapat dikenal pasti. Beliau juga mengandaikan yang cakera itu adalah sebahagian daripada komponen litar elektrik.Selain itu, pada dinding gua itu juga ditemui gambar matahari, bulan, sebuah bintang yang belum dikenal pasti dan planet Bumi yang keseluruhannya dihubungkan oleh sebuah garis titik-titik.FAKTA: Kaum Dropa
Pengkaji UFO dan makhluk asing menjadikan Cakera Dropa sebagai antara bukti kewujudan makhluk dan pesawat misteri itu di Bumi.
Keturunan suku kaum Dropa dikatakan masih wujud di kawasan pergunungan itu.
Suku Ham dan kaum Dropa dikatakan akhirnya berdamai. Kaum Dropa kemudian dikatakan menurunkan ilmu 'angkasa' mereka berkaitan teknologi kepada bangsa Ham menyebabkan bangsa Cina lebih maju daripada bangsa Eropah, ribuan tahun lalu.
Cakera Dropa diperbuat daripada campuran kobalt dan sejenis besi yang tidak dapat dikenal pasti.
Kumpulan skeptikal menafikan kewujudan cerita makhluk asing yang tertulis pada cakera berkenaan.

Thursday, May 29, 2008

Bioteknologi

Bioteknologi : Ancamannya Terhadap Manusia & Alam

Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dikaji untuk membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.

Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.

Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”

Walaupun kini bioteknologi telah memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.

Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’.
Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).

Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.

Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.

Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.
Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).

Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.

Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172 bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.”

Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168).

Setiap kejadian alam ini, termasuklah tumbuh-tumbuhan telah di jadikan Allah dengan sempurna mengikut kitaran kehidupan masing-masing. Maka setiap cubaan untuk mengubah kitaran dan hukum alam ini, adalah seumpama cubaan untuk mencabar kekuasaan Allah. Dan setiap cubaan untuk mencabar kekuasaan Allah, pasti akan membawa kepada kehancuran. Oleh itu saya menyeru kepada semua pihak , usaha-usaha BioTek dalam hal tanaman dan pemakanan hendaklah dikaji semula, sebelum bencana menimpa !

Monday, May 19, 2008

Luahan Hati

Kekuatan Parti Kerana Ahli nya

Parti / Pertubuhan / Persatuan / Perikatan atau apa-apa lagi yang semakna dengannya adalah sesuatu yang ditubuhkan oleh manusia. Peraturan-peraturan di dalamnya yang juga disebut sebagai “Perlembagaan” juga adalah dicipta dan digubal oleh manusia. Pentadbirannya juga adalah dilaksanakan oleh manusia. Oleh kerana Parti / Pertubuhan / Persatuan / Perikatan atau apa-apa lagi yg semakna dengannya itu dicipta oleh manusia, perlembagaannya juga digubal oleh manusia & ianya ditadbir juga oleh manusia, bukannya Jin atau Malaikat, maka dasar-dasar Parti / Pertubuhan / Persatuan / Perikatan atau apa-apa lagi yg semakna dengannya sama ada yg baik, buruk, adil atau zalim juga adalah diputuskan oleh manusia dan ianya adalah tidak tetap dan bila-bila masa sahaja boleh diubah bergantung kepada manusia yang mempunyai kuasa untuk merubahnya.

Oleh itu, tidak ada mana-mana Parti yang boleh mendabik dada bahawa parti mereka sahajalah yang lebih membela “Ketuanan Melayu”, bahwa Parti merekalah yang lebih “Islam”, bahawa parti merekalah yang lebih boleh memberi “Keadilan”.

Oleh kerana dasar sesuatu Parti itu boleh sahaja dirubah oleh mereka yg mempunyai kuasa keatasnya, iatulah para pemimpinnya dan secara tidak langsung ahli-ahli Parti yang melantik para pemimpin yang berkuasa itu, maka sesuatu parti itu, boleh sahaja bertukar daripada sebuah parti yang membela “Ketuanan Melayu” kepada parti yang membela ketuanan “Tauke-Tauke”. Boleh juga bertukar daripada dasar “Bangsa” kepada dasar “Islam”, daripada dasar “Keadilan Kepada Semua” kepada dasar “Keadilan Hanya Untuk Yahudi”, bahkan boleh sahaja bertukar daripada sebuah parti yang memperjuangkan “Islam”, kepada sebuah parti yang Islam diluar tetapi “Sekular” di dalamnya yang sanggup menggadai prinsip demi keindahan “Kerusi”.

Begitulah ianya mengikut apa yang telah terjadi, yang sedang terjadi dan yang akan terjadi. Sesuatu Parti / Pertubuhan / Persatuan / Perikatan atau apa-apa lagi yg semakna dengannya akan menjadi kuat dan kukuh apabila ianya dipenuhi oleh orang-orang yang hebat perjuangannya, yang ikhlas dan murni jiwa raganya. Oleh itu, di atas Parti manapun seseorang itu berada, jika ahlinya ikhlas dalam perjuangan dan berusaha merubah kerosakan dan berjuang ke arah kebaikan dan sanggup bersuara membetulkan kepincangan pemimpinnya, maka sebuah parti yang “Hitam Legam” pun akan boleh bertukar menjadi “Putih Bersih”, sebuah parti yang hampir karam pun boleh kembali meredah lautan yang luas. Jika kita semuanya mempunyai prinsip sebegini, InsyaAllah, perpaduan yang dicari itu, akhirnya akan menjelma!