Baru-baru ini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah memperkenalkan syarat baru Tabung Usahawan Siswazah 2011 selaras dengan agenda Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Inilah dia syarat-syarat baru yang di perkenalkan dan berkuat kuasa serta merta :-
- Jumlah pinjaman Tabung Usahawan Siswazah (TUS) di naikkan dari RM250,000 kepada RM500,000
- Bagi pengambilalihan syarikat pula, jumlah pembiayaan adalah sehingga RM750,000.
- Tempoh kelonggaran pembayaran balik antara 2 tahun hingga 4 tahun
- Tempoh pembiayaan untuk bangunan dan premis perniagaan dilanjutkan sehingga 20 tahun.
- Umur kelayakan pemohon dinaikkan kepada 40 tahun berbanding 35 tahun sebelum ini.
- Syarat tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun akan dipertimbangkan untuk pinjaman berbanding syarat asal 10 tahun.
Untuk makluman lanjut, boleh kunjungi website Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di http://www.insken.gov.my atau hubungi talian : +603-8880 5711
Secara peribadi, saya dapat merasakan syarat baru yang diperkenalkan ini dapat menggalakkan lebih ramai lulusan institusi pengajian tinggi menceburi bidang keusahawanan...
No comments:
Post a Comment